Kerajaan Tak Campur Urusan Badan Kehakiman – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Perjumpaan Bulanan YAB Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 30 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 30 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah mencampuri urusan kehakiman negara sebaliknya sentiasa menghormati proses, kedudukan dan kebebasan institusi berkenaan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri berkata, isu pelantikan atau penyambungan tempoh perkhidmatan penjawat awam termasuk hakim seperti Ketua Hakim Negara seharusnya tidak dijadikan bahan politik atau dinilai berdasarkan sentimen kelompok tertentu.

“Mana-mana penjawat awam atau hakim, apabila sampai tempoh persaraan, ada prosedurnya.

“Tempoh persaraan itu tidak automatik, apabila bersara ia tidak terus disambung secara automatik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Perjumpaan Bulanan YAB Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada 30 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Dalam keadaan ini saya ditegur. Malah ada satu kempen mesti sambung, jangan sambung. Ini mana boleh jadi? Institusi yang sepatutnya memiliki integriti dan bebas sudah dipolitikkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada Isnin.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *