Kerajaan Peruntuk RM18.5 Juta Bagi 60,000 Pelajar B40 Miliki Lesen Memandu Sah

Anthony Loke Siew Fook bersama Fadhlina Sidek merasmikan Program MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) Tahun 2026 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Austin, Johor Bahru pada 11 Mei 2026. Foto Anthony Loke

JOHOR BAHRU, 11 Mei – Bagi mengatasi isu pelajar tidak mempunyai lesen memandu sah yang berisiko tiada perlindungan insurans, Kerajaan MADANI memperuntukkan RM18.5 juta kepada seramai 60,000 pelajar Tingkatan Empat dan Lima daripada kategori B40 di seluruh negara bakal menerima lesen motosikal Kelas B2 secara percuma menerusi Program MyLesen B2 Sekolah (MyB2S).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, program berkenaan merupakan inisiatif strategik kerajaan yang dilaksanakan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memperkukuh budaya keselamatan jalan raya serta meningkatkan pematuhan undang-undang dalam kalangan pelajar sekolah.

Anthony Loke Siew Fook beramah mesra bersama para pelajar sekolah bersama merasmikan secara bersama Fadhlina Sidek pada Program MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) Tahun 2026 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Austin, Johor Bahru pada 11 Mei 2026. Foto Anthony Loke

Menurut beliau, pelaksanaan program ini turut mengambil kira isu pelajar sekolah, khususnya di kawasan luar bandar, yang menunggang motosikal tanpa memiliki Lesen Memandu Malaysia (LLM) yang sah.

Difahamkan, Johor mencatatkan jumlah penerima tertinggi apabila seramai 8,200 pelajar di negeri itu akan menerima manfaat program berkenaan, melibatkan peruntukan RM2.46 juta.

Anthony Loke Siew Fook bersama Fadhlina Sidek merasmikan Program MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) Tahun 2026 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Austin, Johor Bahru pada 11 Mei 2026. Foto Anthony Loke

“Data pelajar akan dikenal pasti oleh KPM selepas proses saringan bagi menentukan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan ini.

“Senarai tersebut kemudian akan disalurkan kepada JPJ negeri untuk pelaksanaan program,” katanya ketika ditemui pada Majlis Peluncuran Program MyLesen B2 Sekolah MyB2S di Austin International Convention Centre (AICC), Mount Austin, di sini.

Tambah beliau, pendekatan berasaskan data itu penting bagi memastikan bantuan disalurkan secara tepat dan berkesan mengikut keperluan sebenar pelajar di setiap negeri.

Anthony Loke Siew Fook beramah mesra bersama para pelajar sekolah bersama merasmikan secara bersama Fadhlina Sidek pada Program MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) Tahun 2026 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Austin, Johor Bahru pada 11 Mei 2026. Foto Anthony Loke

Program MyB2S ini turut melengkapi Program MyLesen B2 sedia ada yang diperkenalkan sejak 2023, yang memberi peluang kepada golongan B40 memperoleh lesen memandu motosikal secara sah.

Bagi tahun ini, seramai 30,000 peserta dijangka menerima manfaat dengan peruntukan RM10.5 juta di bawah program berkenaan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *