Kerajaan Negeri Sembilan Lulus Dua Kertas Pertimbangan Banteras Dadah

SEREMBAN, 26 Jul – Kerajaan Negeri Sembilan meluluskan dua kertas pertimbangan menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri Sembilan Bilangan 2 Tahun 2022 pada Selasa.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan, selain dua kertas berkenaan yang telah dipertimbangkan dalam mesyuarat itu, kerajaan negeri turut memberi penekanan secara serius ke atas usaha pengekalan pencapaian penghijauan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT).


Turut hadir, Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon; Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Muzalmah Mustapha Kamal; Pegawai Kewangan Negeri Sembilan; Dato’ Mohd Khidir Majid; Ketua Unit Urus Setia MGDN, Mohd Nadmin Ramlan dan Pengarah AADK Negeri Sembilan, Dr. Hadijah Baba.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, dua kertas berkenaan melibatkan Pelaksanaan Pertandingan Kampung Terkawal Dadah Daerah Kuala Pilah 2022/2023 dan Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) bagi sektor awam dan swasta yang dibentangkan Pegawai Daerah Kuala Pilah dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Cadangan melaksanakan pertandingan tersebut adalah untuk memastikan matlamat Dadah Terkawal di daerah Kuala Pilah tercapai sekali gus dijadikan sebagai platform ideal bagi membantu kes berulang serta mencegah penyalahguna dadah dalam komuniti di daerah berkenaan.


“Pertandingan tersebut dilaksanakan bagi memastikan matlamat Dadah Terkawal di daerah Kuala Pilah tercapai di samping menjadi platform membantu kes berulang serta mencegah penyalahguna dadah dalam komuniti di daerah berkenaan,” jelas Aminuddin menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.

Sementara itu, pelaksanaan Program TEKAD bertujuan memberi kemahiran mengurus masalah penyalahguna dadah kepada majikan dan menyediakan program pemulihan yang berkesan.


Ini termasuklah mewujudkan persekitaran tempat kerja yang sihat, selamat, kondusif meningkatkan produktiviti.

MTMD Negeri Sembilan Bilangan 2 Tahun 2022 berlangsung di Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MTD), Negeri Sembilan.

Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, kerajaan negeri memberi penekanan secara serius ke atas usaha pengekalan pencapaian penghijauan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT).


“Alhamdulillah sehingga hari ini Felda Sungai Kelamah, Tampin dan Mukim Gemencheh, Tampin masih kekal hijau. Fokus seterusnya perlu diberikan kepada dua mukim iaitu Mukim Ampangan, Seremban dan Mukim Rompin Jempol,” ujar beliau.

Sewaktu mesyuarat, Aminuddin turut mengingatkan kepada ahli agar mengambil tindakan segera terhadap semua keputusan mesyuarat bagi merealisasikan sasaran Dadah Terkawal 2025 secara berkesan.

Foto: Facebook Menteri Besar Negeri Sembilan, AADK Negeri Sembilan


Ikuti platform media sosial rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan seperti berikut:

Facebook: https://fb.com/dsaminuddinharun

Twitter: https://twitter.com/MenteriBesarNS

Instagram: https://instagram.com/dsaminuddinharun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *