Kerajaan Negeri Digesa Utamakan Bidang Kritikal Dalam RMK-13: PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Melaka pada 12 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

MELAKA, 12 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan-kerajaan negeri memberikan keutamaan kepada bidang kritikal yang berupaya menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk pembangunan negara secara menyeluruh.

Jelas Perdana Menteri, antara yang perlu diberikan tumpuan menerusi projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) termasuklah berkaitan industri elektrik dan elektronik (E&E).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Melaka pada 12 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Untuk rekod, bidang berkenaan menjadi antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara dan Melaka merupakan salah sebuah negeri paling berdaya maju selain Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

“Sering kali saya mengingatkan pada mesyuarat khas pembangunan yang diadakan di negeri-negeri setakat ini, bahawa keutamaan yang disenaraikan di agensi pusat, Kementerian Ekonomi atau peringkat negeri perlu diselaraskan untuk difokuskan kepada keperluan sebenar rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Melaka pada 12 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Pimpinan pada peringkat negeri dan daerah juga perlu memahami fokus peringkat kementerian kerana tuntutan yang diangkat kepada kerajaan Persekutuan melangkaui keupayaan ekonomi lantaran kekangan dan sumber yang terhad perlu difahami,” kata beliau menerusi kenyataan di sini selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Melaka, di sini hari ini.

Mengulas mengenai mesyuarat khas berkenaan, Anwar berkata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh telah membentangkan permohonan wish list daripada kerajaan negeri dalam mesyuarat berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Melaka pada 12 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata permohonan itu termasuk infrastruktur jalan raya, projek tebatan banjir, pembinaan semula dan pembinaan baharu sekolah, pembinaan blok tambahan dan wad-wad di Hospital Jasin, projek perumahan rakyat serta menaik taraf muzium bagi sektor pelancongan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengingatkan kepada penjawat awam supaya step up dan speed up (bergerak lebih pantas dan berkesan) bagi memastikan pelaksanaan projek untuk rakyat lebih efektif dan tidak tertangguh sehingga membebankan kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Melaka pada 12 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri yang berlangsung hari ini merupakan mesyuarat terakhir diadakan di negeri-negeri sebelum kerajaan Persekutuan melengkapkan usul-usul permohonan peruntukan projek RMK13 yang akan diperhalusi sebelum pembentangan Belanjawan 2026 pada Oktober ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *