Kerajaan MADANI Bayar RM200 Sehektar Insentif Bajak Bagi Pesawah – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan Sidang Media Krisis Bekalan Global selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan MTEN di Putrajaya pada 5 Mei 2026.
PUTRAJAYA, 5 Mei – Kerajaan MADANI bersetuju untuk membayar wang pendahuluan sebanyak RM200 sehektar iaitu sebahagian daripada kadar Bantuan Khas Insentif Pembajakan kepada 240,000 pesawah berdaftar di seluruh negara bagi mengurangkan bebanan mereka.
Khabar gembira itu diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu yang dipersetujui pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikannya hari ini, akan membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM48 juta.

“Ini kerana mereka terpaksa sewa mesin pembajakan… jadi, program pembajakan itu mesti diteruskan tetapi mereka perlukan modal.
“Oleh itu, kita berpendapat lebih baik diberikan pendahuluan RM200 supaya mereka boleh terus bergerak menjalankan kegiatan penanaman padi,” kata beliau pada sidang media Krisis Bekalan Global di sini, hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan menambah, kerajaan amat prihatin terhadap cabaran semasa yang dihadapi pesawah susulan kenaikan kos bahan api dan input pertanian berikutan konflik di Asia Barat.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
