Kerajaan Cari Dana Tampung Penyelarasan Gaji Pekerja Swasta – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perjumpaan bersama Usahawan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam pada Rabu. Foto Bernama

KUALA TERENGGANU, 9 Ogos – Kerajaan sedang berusaha mencari dana untuk menampung sedikit bayaran bagi penyelarasan gaji pekerja sektor swasta, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.

Beliau berkata, tidak banyak negara yang melakukan perkara itu tetapi Kerajaan Perpaduan tetap akan memikirkan tentang bagaimana kaedah dan pelaksanaannya.

“Pimpinan mesti peka dan prihatin tentang masalah rakyat dan isu penyelarasan gaji untuk perkhidmatan awam yang sedang diusahakan belum dibuat di dalam sektor swasta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Perjumpaan bersama Usahawan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam pada Rabu. Foto Bernama

“Pekerja kilang, apa nasib mereka. Sebagai contoh, kilang itu untungnya berbilion ringgit tetapi gaji masih belum mencapai gaji minimum. Jadi, keputusan kita ialah mencari kaedah dan mekanisme baru untuk memastikan gaji pekerja (swasta) itu ditingkatkan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perjumpaan Bersama Usahawan Tekun di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini, pada Rabu.

Sebelum ini kerajaan meluluskan cadangan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi memperhalusi pelaksanaan Gaji Progresif yang akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *