Kerajaan Akan Terus Usaha Perhebat Bantuan Kembali Ke Sekolah – PM Anwar

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Kamil Munim mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan ‘Kembali ke Sekolah’ peringkat Parlimen Tambun baru-baru ini. Foto X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 FebKerajaan akan meneruskan usaha bagi memperhebatkan program bantuan ‘Kembali Ke Sekolah’, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menerusi satu hantaran di Facebook berkata demikian susulan program Kembali ke Sekolah yang diadakan di Parlimen Tambun baru-baru ini.

“Setiausaha Politik saya, saudara Kamil Munim telah menyampaikan sumbangan Kembali ke Sekolah Parlimen Tambun bagi pihak saya.

“Alhamdulillah, 1,500 penerima mendapat manfaat dari program ini yang diharap dapat membantu menampung keperluan membeli barangan persekolahan menjelang pembukaan sesi baharu sekolah tidak lama lagi.

“Bantuan seperti ini akan terus diperhebat untuk rakyat keseluruhannya, Insya-ALLAH,” katanya. – Bernama


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *