‘Kempunan’ Tak Jadi TPM, Menteri Luar Thailand Letak Jawatan

Menteri Luar Thailand, Parnpree Bahiddha-Nukara meletak jawatan secara mengejut hari ini. Foto Bangkok Post
BANGKOK, 28 Apr – Dek kempunan tidak dapat menjadi timbalan perdana menteri, Menteri Luar Thailand, Parnpree Bahiddha-Nukara meletak jawatan secara mengejut hari ini sebaik rombakan kabinet negara itu diumumkan hari ini.
REUTERS memetik laporan media tempatan tetapi tidak dapat mengesahkan berita itu.
Jurucakap kerajaan memberitahu REUTERS, beliau akan mengesahkan perkara itu.
Kabinet baharu Perdana Menteri, Srettha Thavisin yang diperakui oleh raja Thailand dan diterbitkan dalam Warta Diraja rasmi pada Ahad menunjukkan Parnpree hanya disenaraikan sebagai menteri luar, tidak lagi sebagai timbalan perdana menteri.

Peletakan jawatan ini menyaksikan jawatan itu kosong dan perkembangan lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
