Kemenangan BN Bukti Rakyat Mahu PM Anwar Teruskan Kestabilan Kerajaan Perpaduan – Abul Jais

Abul Jais Ahsfaq Ahmed menyifatkan kemenangan ini satu lagi bukti bahawa rakyat menolak politik adu domba yang cuba dimainkan Perikatan Nasional (PN). Foto Arkib
KUALA LUMPUR, 28 Sep – Kemenangan besar calon Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sabtu membuktikan rakyat mahukan kestabilan politik dan ekonomi bagi membantu mereka dalam menangani kos sara hidup dan memacu negara ke arah lebih maju.
Sambil mengucapkan tahniah kepada calon BN, Syed Hussein Syed Abdullah, pemimpin KEADILAN Perak, Abul Jais Ahsfaq Ahmed menyifatkan ia satu lagi bukti bahawa rakyat menolak politik adu domba yang cuba dimainkan Perikatan Nasional (PN) sejak tewas pada PRK DUN Nenggiri bulan lalu.

“Kemenangan Syed Hussein mewakili Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas membuktikan rakyat mahukan kestabilan dan menolak agenda perpecahan yang dimain pembangkang.
“Sejujurnya dengan indikator ekonomi semasa yang memperlihatkan ringgit muncul matawang terbaik di dunia, ia mematikan terus hujah PN yang jelas ketandusan isu sebaliknya mereka tidak mampu memberi alternatif pemulihan ekonomi pasca Covid-19,” katanya.

Kemenangan Syed Hussein diraih apabila menewaskan calon PN Mohd Haizan Jaafar dengan lebih 20,000 undi berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga jam 8 malam ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan keputusan rasmi sekitar jam 9 malam ini.
Mengulas lanjut, Abul Jais menyeru agar pendokong Kerajaan Perpaduan terus membantu kerajaan menyebarkan maklumat tepat kepada rakyat dan menerangkan inisiatif kerajaan termasuk di media sosial.

“Saya gesa rakan-rakan dalam parti gabungan Kerajaan Perpaduan tidak lupa untuk membantu menyebarkan maklumat kepada rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Jualan Rahmah, BUDI MADANI dan sebagainya,” ujarnya lagi.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
