Kemakmuran Dikecapi, Aidilfitri MADANI Di Kelantan Dirai Penuh Syukur

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Sambutan Aldilfitri MADANI peringkat negeri Kelantan di Pantai Irama Bachok pada 12 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PENDAPAT, 18 Apr – 1 Syawal yang biasanya dipanggi Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam kerana berjaya menundukkan nafsu sepanjang Ramadan dan membersihkan daripada dosa yang lalu sekali gus menjadi insan bertakwa.

Sepanjang Ramadan kita berpuasa, menunaikan solat sunat tarawih, bertadarus al-Quran serta melakukan amalan sunat lain seperti bersedekah dan menunaikan zakat fitrah semata-mata mencari keredaan Allah SWT.

Dalam kita menyambut hari lebaran dengan penuh kegembiraan dan bersyukur atas kemakmuran negara kita aman dan rukun damai seperti mana negara lain yang terlibat dengan kancah peperangan dan gempar bumi di bulan yang mulia ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Sambutan Aldilfitri MADANI peringkat negeri Kelantan di Pantai Irama Bachok pada 12 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Walaupun kita sedikit diuji dengan banjir, bencana alam dan letupan paip gas namun tidak mengorbankan banyak nyawa dan dalam masa sama kerajaan cepat bertindak dan menghulur bantuan segera kepada mereka yang terkesan dengan bencana berkenaan.

Kepada penjawat awam, kerajaan MADANI sentiasa perihatin dengan kebajikan kakitangan kerajaan apabila Bantuan Khas Kewangan (BKK) dibayar sebanyak dua kali iaitu semasa pembukaan sekolah dan sambutan awal Ramadan serta sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam ucapan sambutan Hari Raya MADANI peringkat kebangsaan 2025 di Melaka baru baru ini YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, “Beralih kepada sambutan ini, Adilfitri Mubarak ini walaupun kita tahu Aidilfitri itu hanya hari pertama, iaitu hari kebebasan kita, kejayaan kita, setelah menjalani madrasah Ramadan selama satu bulan, supaya peningkatan keimanan kita, akhlak kita, nilai kita, disiplin kita, integriti kita dapat kita pertahankan seterusnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Sambutan Aldilfitri MADANI peringkat negeri Kelantan di Pantai Irama Bachok pada 12 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sebab itu kita sambutnya sebagai hari kemenangan. Cuma budaya kita itu membolehkan kita menyambut dan mengingatkan. Jadi setiap kali kita sambut Aidilfitri, kita juga mengingatkan diri kita tentang kejayaan kita lulus dalam ujian Ramadan, lulus dari erti kata, peningkatan kerohanian kita, akhlak kita, nilai kita, integriti kita dan disiplin kita.

“Jadi saya fikir selain daripada majlis makan minum, silaturrahim, kita harus juga berpaksi kepada keyakinan yang dimaksudkan. Walaupun sesetengah orang berpendapat Aidilfitri itu sudah habis, tetapi budaya kita membolehkan kita sambut Aidilfitri itu sepanjang Syawal. Malah di Kuala Lumpur ada orang yang lajak seminggu lepas Syawal. Tapi majlis itu majlis seperti biasa disebut silaturrahim, tidak adalah salahnya,” katanya.

Usai sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan di Melaka, Kelantan pula antara tuan rumah peringkat negeri yang diadakan di Pantai Irama Bachok pada 12 April lalu dan Anwar lantas terus mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Negeri (MPN) di Kota Bharu dan Menteri Besar Kelantan hadir dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pantai Irama, Bachok bersama pelbagai lapisan masyarakat tempatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Sambutan Aldilfitri MADANI peringkat negeri Kelantan di Pantai Irama Bachok pada 12 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam ucapannya, Perdana Menteri menitipkan pesanan dan harapan Kerajaan MADANI ini untuk terus bekerja demi semua, termasuk rakyat di Kelantan meski berdepan gelora politik antarabangsa dan perkembangan ekonomi dunia.

Situasi ini pasti akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada negara dan juga rakyat terbanyak termasuk di Kelantan, namun usaha meneruskan projek pembangunan tidak akan terhenti melalui hubungan persaudaraan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi kemaslahatan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan replika cek sumbangan sebanyak RM4 juta bagi pembinaan baharu Masjid Gong Chapa Temila, Pasir Puteh pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI peringkat Kelantan di Pantai Irama, Bachok pada 12 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM4 juta bagi pembinaan baharu Masjid Gong Chapa Temila, Pasir Puteh dan peruntukan sebanyak RM800,000.00 untuk melengkapkan pembinaan Masjid At-Taqwa, Mukim Beris Pak Pura, Bachok dengan berharap moga sumbangan ini dapat dimanfaatkan untuk ahli kariah setempat.

Sesungguhnya jelas Kelantan tidak dianak tirikan Kerajaan Persekutuan malah peruntukan pembangunan dan projek berskala besar seperti tebatan banjir dan loji rawatan air semuanya dilakukan demi kesejahteraan rakyat.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *