Kekuatan Ekonomi Mampu Diangkat Menerusi Kesepakatan ASEAN – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Makan Malam Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-57 di Kuala Lumpur pada 24 September 2025.

KUALA LUMPUR, 24 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kesepakatan ASEAN mampu mengangkat semula kekuatan ekonomi bukan sahaja kepada Malaysia malah seluruh negara anggota blok serantau itu.

Perdana Menteri berkata, ASEAN yang merupakan ekonomi kelima terbesar di dunia mampu mendepani permasalahan global yang belum terkawal terutama dalam bidang geopolitik dan geoekonomi menerusi kesepakatan ekonomi.

“Apabila kita melancarkan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2015, kita telah membayangkan sebuah rantau yang benar-benar bersepadu, kohesif dan berdaya saing.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Makan Malam Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-57 di Kuala Lumpur pada 24 September 2025.

“Dengan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau, peningkatan Perjanjian Perdagangan ASEAN, serta hubungan yang semakin mendalam, kita berada pada kedudukan untuk menjadi blok ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan di Taman Botani Perdana di sini malam ini.

Perdana Menteri turut menekankan peranan ASEAN yang lebih aktif dan tidak lagi sekadar menjadi pemerhati dalam menghadapi cabaran global.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesepakatan ASEAN menjadi kekuatan ekonomi memperkukuh blok serantau berdepan cabaran ketidak tentuan global. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Tambahnya ASEAN tidak boleh menjadi pemerhati pasif, bukan sahaja mesti bertindak balas, malah mesti memimpin.

“Ketahanan mesti dibina dari dalam dengan mengukuhkan rantaian bekalan, memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), meningkatkan pelaburan dan memanfaatkan inovasi,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *