Kehadiran PM Anwar Ke Kelantan Dinanti Peniaga Pasar Siti Khadijah

Ahmad Nazri berkata, ini merupakan lawatan kali pertama buat seorang Perdana Menteri dalam tempoh 30 tahun ke Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan. Foto RTM

KOTA BHARU, 30 Sep – Peniaga di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu teruja untuk menyambut kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan membuat lawatan kerja sehari ke Kelantan, esok.

Menurut Pengerusi Persatuan Peniaga Kecil Bumiputera Pasar Siti Khadijah, Ahmad Nazri Che Omar, ini merupakan lawatan kali pertama buat seorang Perdana Menteri dalam tempoh 30 tahun ke pasar ikonik kebanggaan rakyat Kelantan itu.

“Kami berasa bangga menantikan kehadiran Perdana Menteri dan pelbagai persiapan diatur bagi melancarkan perjalanan program sempena lawatan beliau ke pasar ini,” katanya.

PM Anwar Dahului Penerima Darjah Kebesaran Sultan Kelantan

Difahamkan Anwar akan melakukan tinjauan mesra sekitar pasar dan sudah pastilah kunjungan beliau akan meninggalkan seribu satu kenangan manis apabila pemimpin nombor satu negara itu cakna dengan prasarana dan kebajikan para peniaga yang 90 peratus daripadanya adalah kaum wanita.

Malah ada peniaga yang tidak sabar bertemu mata dengan Perdana Menteri biarpun mengetahui jadual beliau padat sepanjang hari.

Menurut jadual, Datuk Seri Anwar akan mengadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri Kubang Kerian sebaik tiba, petang esok.

Terdahulu pada Ahad, Anwar dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V di Balai Istana Besar, di sini.

Perdana Menteri bagaimanapun tidak hadir pada majlis tersebut kerana melakukan lawatan kerja selama dua hari ke Sarawak bermula Sabtu dan berakhir pada Ahad minggu lalu.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *