KEADILAN Belum Tentukan Nasib Ahli Parlimen Pasir Gudang – Fahmi

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil bersama-sama warga Kementerian Komunikasi Negeri Pahang di Kuantan pada Sabtu. Foto X Kementerian Komunikasi

KUALA LUMPUR, 4 Feb – KEADILAN belum membuat keputusan untuk mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim atas sikapnya mencampuri urusan parti politik lain.

Ini selepas Hassan mencabar pimpinan parti dengan kesediaannya diambil tindakan disiplin termasuk dipecat, jika haknya untuk bersuara dianggap sebagai kesalahan.

Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, setakat ini tidak timbul tindakan yang akan dikenakan ke atas Hassan susulan kenyataannya pada Sabtu.

Terdahulu Fahmi mengingatkan Hassan supaya menghormati rakan parti politik gabungan dalam kerajaan Perpaduan dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan sendiri.

Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil bersama-sama warga Kementerian Komunikasi Negeri Pahang di Kuantan pada Sabtu. Foto X Kementerian Komunikasi

Menurutnya, Hassan yang merupakan Ahli Parlimen dari KEADILAN itu perlu menghormati rakan parti yang sama berada dalam kerajaan Perpaduan dan beliau kesal dengan kenyataan tersebut yang mendesak supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur dan parti terbabit perlu diterajui pemimpin baharu.

“Jangan jaga tepi kain parti orang lain, kalau dia hendak suruh saya letak jawatan itu lain, kalau itu Pak Hassan Karim (Hassan) lah.

“Tetapi jangan komen orang-orang dalam parti lain, ia tidak baiklah, (jadi) saya bagi teguran keras kepada Pak Hasan,”katanya dalam sidang akhbar pada program Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Bukit Goh, di Kuantan pada Sabtu.

Rabu lalu, Hassan dilaporkan menyatakan UMNO perlu diterajui muka baharu dan tidak hanya ‘menumpang dahan’ Pakatan Harapan (PH) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diakuinya ‘rapuh’ berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *