KDNK Suku Kedua Negara Selesa, Kadar Pertumbuhan 5.9 Peratus – PM Anwar

Anwar berkata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.9 peratus pada suku kedua 2024 melebihi jangkaan dan ekonomi berprestasi terbaik di ASEAN dalam tempoh tersebut. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.9 peratus pada suku kedua 2024 melebihi jangkaan dan ekonomi berprestasi terbaik di ASEAN dalam tempoh tersebut.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, peningkatan ketara itu dibina atas permulaan kukuh yang telah dilakukan kerajaan ada pada awal tahun.
“Angka tersebut turut mencerminkan keputusan yang dilakukan kerajaan dalam melakukan pembaharuan dan transformasi ekonomi. Ini termasuk tindakan memerangi rasuah, penyasaran semula subsidi dan mengejar pelaburan bernilai tinggi,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.
Tambah Anwar, dunia juga semakin mengambil perhatian bahawa Malaysia adalah destinasi pilihan untuk pelaburan global.
Ini termasuk pelaburan RM25 bilion daripada syarikat semikonduktor Jerman, Infineon, merangkumi kilang baharu untuk pengeluaran semikonduktor bernilai tinggi.
Kerangka Ekonomi MADANI yang diluncur pada 27 Julai tahun lalu kini menampakkan petanda positif memacu pertumbuhan lebih baik didorong prestasi ringgit yang memberangsangkan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
