Kaum India Dikeliru Pembangkang, Banyak Maklumat Inisiatif Kerajaan Tidak Diterima

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Timbalan Ketua Penerangan 1 KEADILAN Datuk R Ramanan Ramanan pada program sembang santai Vanakam Madani di Auditorium Dato Abdul Halim, Batang Kali, hari ini. Foto M Firdaus M Johari

HULU SELANGOR, 28 Apr – Ramai dalam kalangan masyarakat India di Kuala Kubu Bharu keliru dengan maklumat di media sosial, terutama hebahan mengenai manfaat tertentu yang disediakan kerajaan untuk mereka.

Timbalan Ketua Penerangan 1 KEADILAN, Datuk R Ramanan, berkata ini berikutan persepsi salah yang dimainkan pihak tertentu hingga menyebabkan mereka tidak mendapat maklumat yang tepat.

“Memang mereka keliru. Sebab tadi yang saya dapat tahu semua melahirkan kemarahan dan tidak puas hati.

“Tipu, dia (pembangkang) sensasikan berita, dia buat fitnah, tohmahan yang tidak betul, dia keluarkan, jadi itu yang mereka dapat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Program Sembang Santai Vanakam Madani, di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Timbalan Ketua Penerangan 1 KEADILAN Datuk R Ramanan Ramanan pada program sembang santai Vanakam Madani di Auditorium Dato Abdul Halim, Batang Kali, hari ini. Foto M Firdaus M Johari

Sementara itu, kira-kira 300 masyarakat daripada kaum India di Kuala Kubu Bharu menghadiri program berkenaan dengan pengisian maklumat serta maklum balas berhubung isu-isu tertentu.

Antara yang dibangkitkan, mereka tidak menerima inisiatif yang disediakan oleh kerajaan susulan tidak mendapat maklumat yang tepat mengenainya.

Ramanan berkata, beliau terkejut mendengar rungutan terbabit dan akan berusaha mencari jalan untuk menyelesaikannya.

“Kalau kita tengok antara yang penting isu Persekutuan yang mereka tanya mereka tidak tahu sebenarnya apa inisiatif yang ada.

“Bila datang tadi, mereka marah sebab mereka cakap Perdana Menteri tidak buat apa-apa untuk mereka. Mereka marah, tetapi selepas kami beri penjelasan, semua ok,” katanya.

Dalam pada itu, dengan memberikan contoh manfaat yang disediakan oleh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di mana peruntukan sebanyak RM100 juta ada disediakan bagi membantu kaum India.

“Mereka pun hairan sebab mereka tidak tahu. Kami beritahu mereka bahawa ada rawatan dialisis disediakan (rawatan sakit buah pinggang), kita telah menolong ribuan pesakit dialisis berkenaan, mereka tidak tahu.

“Kami juga telah maklumkan kepada mereka baru-baru ini, pengumuman yang kita telah buat berkaitan dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional sebagai tambahan daripada RM30 juta sampai ke RM60 juta. Mereka tidak tahu.

“Jadi, isunya mereka bukannya marah, sebab yang diberikan itu mereka tidak puas hati. Memang semua masyarakat pun kalau apa apa yang diberi mereka mahu lebih, tetapi kemarahan ini sebab mereka tidak tahu apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

“Jadi, ini adalah isu bahawa informasi itu tidak sampai,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *