Kanada Kenakan Sekatan Terhadap Pengganas Israel Suka Hasut Keganasan

Keadaan jalan yang rosak selepas dilalui oleh kenderaan pengganas Israel di kem pelarian Balata di Tebing Barat. Foto AFP
OTTAWA, 5 Feb – Kanada akan mengenakan sekatan terhadap peneroka Israel yang menghasut keganasan di Tebing Barat.
Menteri Luarnya, Melanie Joly dalam satu kenyataan pada Ahad lalu memaklumkan, Kanada turut memperkenalkan sekatan baharu ke atas pemimpin Hamas selepas Amerika Syarikat (AS) mengambil tindakan serupa, minggu lalu.
Khamis lalu, AS menghukum empat lelaki Israel yang didakwa terbabit dalam keganasan di wilayah yang diduduki secara haram oleh Israel itu.
Dalam temu bual dengan Canadian Broadcasting Corp pada Ahad, Joly berkata, beberapa peneroka akan dikenakan sekatan.
“Kami juga akan membawa sekatan baharu ke atas pemimpin Hamas.
“Kami sedang mengusahakannya secara aktif.

“Saya memastikan bahawa semasa saya berada di Ukraine, kerja sedang dilakukan di sini dan saya tidak sabar untuk membuat pengumuman tidak lama lagi,” kata Joly, bercakap dari Ukraine.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pada Jumaat berkata, beliau mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan ke atas peneroka pelampau di Tebing Barat.
Sejak Arab-Israel pada 1967, Israel menduduki Tebing Barat Sungai Jordan, yang dimahukan rakyat Palestin sebagai teras negara merdeka. Ia membina penempatan haram Yahudi di sana.
Dalam tempoh 18 bulan sebelum serangan Hamas pada 7 Oktober lau ke atas Israel, Tebing Barat menyaksikan tahap keganasan tertinggi dalam tempoh beberapa dekad.
Konfrontasi di sana meningkat dengan mendadak, sejak tentera Israel melancarkan serangan balas ke atas Gaza.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
