Kabinet Tak Bincang Permohonan Maaf Ops Lalang – Fahmi

Operasi Lalang 1987 dilakukan pada era pemerintahan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad.
PUTRAJAYA, 24 Apr – Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini tidak membincangkan mengenai gesaan supaya kerajaan memohon maaf berhubung Operasi Lalang pada 1987.
“Dalam hal ini, tidak dibangkitkan dalam mesyuarat (Jemaah Menteri) pada hari ini,” kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Beliau ditanya mengenai gesaan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohd Hishamudin Mohd Yunus, supaya kerajaan berbuat demikian.
Operasi Lalang atau Ops Lalang pada 27 Oktober 1987 oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap pemimpin politik dan antara 106 hingga 119 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan.

Ketika itu, dua akhbar harian, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan dibatalkan permit.
Perdana Menteri ketika operasi itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad dan seharusnya Hishamudin menuntut permohonan itu daripada Mahathir dan bukannya kerajaan yang berkuasa sekarang.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
