Jom Bantu SPRM Kesan Empat Anak Daim Zainuddin!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi membantu siasatan kes.
PUTRAJAYA, 27 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat anak kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi membantu siasatan kes.
Keempat-empat mereka ialah Asnida Abdul Daim, Md. Wira Dani Abdul Daim, Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim.
SPRM dalam satu kenyataan berkata, Asnida mempunyai alamat terakhir di No. 6, Lot 545, Lorong Pelangi Pagi D Country Heights di Kajang, Selangor.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai beliau diminta menghubungi pegawai penyiasat, Mohamad Daeem Mohd. Ali di talian 017-9127217 atau emel kepada mohamad.daeem@sprm.gov.my,” katanya hari ini.
Jelas SPRM, Md. Wira Dani pula mempunyai alamat terakhir di No. 333, Jalan Kolam Air, Taman Melawati di Ulu Klang.
“Bagi Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin, mereka mempunyai alamat terakhir di No. 6 di Persiaran Bukit Tunku, Kuala Lumpur,” katanya.

Bagaimanapun, SPRM tidak memperincikan butiran kes yang disiasat dalam kenyataan itu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
