Jokowi Lantik Menteri Baharu Ganti Mahfud MD

Jokowi melantik Hadi Tjahjanto sebagai Menteri Penyelaras Politik, Perundangan dan Keselamatan yang baharu bagi tempoh lapan bulan sebelum berundur pada Oktober 2024. Foto Arkib

JAKARTA, 21 FebPresiden Joko Widodo menamakan Hadi Tjahjanto sebagai Menteri Penyelaras Politik, Perundangan dan Keselamatan Indonesia yang baharu bagi menganggotai Kabinet yang berbaki lapan bulan sehingga Oktober 2024.

Hadi menggantikan Mahfud MD yang meletak jawatan bagi bertanding sebagai calon naib presiden pada pilihan raya 2024.

Sementara itu, Agus Harimurti Yudhoyono, anak bekas Presiden Susilo Bambang Yudhoyono akan mengambil alih jawatan Hadi yang sebelum ini menerajui Kementerian Perancangan Agraria dan Spatial.

Selepas pelantikan itu, Hadi berkata beliau komited untuk bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi mengekalkan kestabilan politik dan keselamatan manakala Agus Harimurti berikrar untuk berkhidmat sebaik mungkin walaupun bagi tempoh singkat.

Jokowi akan melepaskan jawatannya tidak lama lagi sebelum presiden baharu mengangkat sumpah jawatan pada 20 Oktober.

Prabowo Subianto dan anak Jokowi dijangka menang pemilihan presiden dan naib presiden republik itu dan pengumuman rasmi akan dibuat 20 Mac ini.

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *