Jatuh Dari Balkoni Tingkat 14, Wanita Disahkan Maut

Keadaan di lokasi wanita maut dipercayai terjatuh dari tingkat 14 di Semenyih pada 28 Ogos 2025.

KAJANG, 29 Ogos – Lagi kes maut melibatkan kediaman bertingkat dilaporkan apabila seorang wanita maut selepas terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat 14 sebuah apartmen di Semenyih, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner, Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 5.18 petang.

Beliau berkata, kejadian disaksikan oleh seorang pengawal keselamatan ketika melakukan tugas rondaan.

“Mangsa merupakan wanita warga tempatan berusia 48 tahun duduk di balkoni rumahnya di tingkat 14 sebelum terjatuh di kawasan tempat letak kereta.

“Wanita itu kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana alami kecederaan serius di kepala dan peha,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Naazron, kes diklasifikan sebagai mati mengejut (SDR).

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *