Jakarta Bergegar Depot Peluru Meletup

Gambar tangkap layar menunjukkan kebakaran di depoh peluru tentera, dari jalanan di Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Foto AFP
JAKARTA, 31 Mac – Beberapa siri letupan kedengaran dari sebuah gudang peluru tentera di pinggir ibu kota Jakarta, Indonesia, kata tentera yang melaporkan tiada kemalangan jiwa berlaku.
Letupan pertama kedengaran kira-kira jam 6 petang (1100 GMT) di depot yang digunakan untuk menyimpan peluru tamat tempoh di dalam kompleks tentera, di Jawa Barat dekat Jakarta.
“Pada 6.05 petang, asap dikesan di gudang… dan berlaku letupan,” kata ketua tentera Jakarta, Mohamad Hasan, semasa sidang media yang disiarkan di televisyen.
Pihak berkuasa memindahkan penduduk berhampiran ke kawasan lebih selamat ketika api memusnahkan kemudahan penyimpanan, kata komander tentera.

“Kami memberi jaminan tiada kematian pada masa ini tetapi kami tidak boleh memasuki lokasi kerana masih terdapat letupan kecil,” katanya.
Tentera menerima laporan bahawa peluru atau serpihan peluru mungkin terpelanting di kawasan sekitar dan menggesa orang ramai supaya tidak menyentuh objek tersebut.
Hasan berkata, gudang yang meletup itu tidak mempunyai bekalan elektrik dan letupan itu mungkin berpunca daripada peluru yang sudah lupus tarikh pengunaannya.
“Kami mengesyaki ini (letupan) berpunca daripada peluru yang telah tamat tempoh, ada kemungkinan bahan kimia dan bahan letupan itu tidak stabil.,” kata Hasan. – AFP
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
