’Jaga Kesihatan’ – PM Anwar Beritahu Dr M

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi di World Trade Centre (WTC), hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 5 Jan“Jaga kesihatan” ungkap Datuk Seri Anwar Ibrahim secara ringkas sebagai mengulas sindiran yang dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa usaha menubuhkan kerajaan pintu belakang di negara ini adalah ‘kepakaran Anwar’.

Terdahulu Anwar merasmikan Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi di World Trade Centre (WTC), hari ini.

Dr Mahathir dalam kenyataannya hari ini, menafikan beliau terbabit dalam gerakan Langkah Dubai yang didakwa dibuat bertujuan menjatuhkan kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Wacana Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi di World Trade Centre (WTC), hari ini. Foto Bernama

Bekas perdana menteri sebanyak dua kali itu menegaskan, beliau tidak berada di Dubai, ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) seperti yang heboh diperkatakan.

“Pertamanya, saya sudah lama tidak ke Dubai. Keduanya, sepanjang ingatan saya usaha politik langkah-melangkah, kerajaan pintu belakang atau backdoor Government adalah kepakaran Perdana Menteri,” katanya dalam satu catatan di laman X, hari ini.

Wacana Strategi KPT itu bertujuan untuk menyelaraskan semula strategi KPT, merangka hala tuju strategik KPT, mencadangkan program/inisiatif serta membincangkan isu-isu strategik berkaitan KPT dan cadangan penyelesaian bagi tahun 2024.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *