Jabatan Peguam Negara Mulakan Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Shafee Abdullah

Jabatan Peguam Negara memulakan prosing penghinaan mahkamah terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung kenyataannya yang menyatakan prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan 'pendengaran ala Nazi-Jerman'. Foto Azneal Ishak.
KUALA LUMPUR, 30 Mei – Jabatan Peguam Negara (AFC) akan memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung kenyataannya yang menyatakan prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan ‘pendengaran ala Nazi-Jerman’.
Menurut AGC, kenyataan yang dibuat secara terbuka pada 28 Mei lalu itu berlaku dalam konteks kes yang masih berjalan, sekali gus disifatkan sebagai serangan serius yang menjejaskan maruah, kewibawaan dan kebebasan badan kehakiman.
“Walaupun peguam berhak mencabar keputusan kehakiman menerusi saluran undang-undang yang sewajarnya, kenyataan awam yang mencemarkan imej Mahkamah atau menggugat keyakinan awam terhadap pentadbiran keadilan adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima dalam sistem perundangan kita,” menurut kenyataan media hari ini.
Jabatan itu memandang serius isu ini kerana membabitkan kepentingan perlembagaan dan institusi kehakiman negara.
“Prosiding penghinaan mahkamah akan diteruskan bagi menegakkan kedaulatan undang-undang, memelihara integriti proses kehakiman serta melindungi mahkamah daripada tohmahan dan tekanan awam yang tidak wajar,” kata kenyataan itu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

