Jaafar Onn Meninggal Dunia

Jaafar Onn menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun.

KUALA LUMPUR, 3 Apr – Dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian artis versetil Jaafar Onn pada pagi Rabu menjelang beberapa hari lagi umat Islam menyambut lebaran.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang (Hospital Serdang) pada usia 73 tahun.

Berita pemergian aktor itu disahkan penyanyi yang juga rakan baik Jaafar iaitu Haiza Hanafi yang mendapat perkhabaran itu daripada anak angkat Allahyarham iaitu Hanif.

Perkongsian pemergian allahyarham mula menghiasi portal hiburan yang menerima perkhabaran duka itu.

Jaafar Onn menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun.

“Betul, Jaafar Onn sudah meninggal dunia.

“Saya dapat tahu daripada anak angkat arwah yang menjaganya di Hospital Serdang.

“Saya dimaklumkan mengenai perkara itu sekitar pukul 11 pagi tadi, sekarang dalam perjalanan ke sana,” katanya.

Allahyarham dengan nama lengkap Jaafar Onn Awang, dilahirkan pada 19 Oktober 1951 di Muar, Johor banyak menabur bakti dalam bidang seni lakon dan seni suara.

Pada awal penglibatan, beliau menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur pada tahun 70-an bila beliau menyertai sebuah kumpulan tarian yang begitu terkenal di kaca TV pada masa itu.

Dalam waktu yang sama, dengan bakat memasak dan mengandam yang ada juga, Jaafar Onn mengajar kaum ibu PERKEP di Jalan Pekeliling.

Resepi Mi Bandung yang diajarnya telah membuka ruang luas untuk dia terus aktif menjadi tenaga pengajar selepas itu.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *