Itali Tolak Perbaharui Perjanjian Pertahanan Dengan Israel

Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni menegaskan negara itu tidak akan memperbaharui perjanjian pertahanannya dengan Israel pada 14 April 2026. Foto X Giorgia Meloni

ROM, 15 Apr – Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni menyatakan bahawa negara itu tidak akan memperbaharui perjanjian pertahanannya dengan Israel, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC).

Meloni berkata, kerajaannya memutuskan untuk menggantung pembaharuan itu yang berlaku setiap lima tahun selepas ‘mengambil kira situasi semasa’, tanpa memberikan butiran khusus.

Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi bergambar bersama Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni yang melakukan lawatan rasmi ke Jepun pada 16 Januari 2026. Foto Sanae Takaichi

Hubungan antara Rom dan Tel Aviv yang secara sejarahnya kukuh, baru-baru ini menjadi tegang.

Minggu lalu, Itali memanggil Duta Israel ke Rom selepas tembakan amaran dilepaskan oleh pasukan Rejim Zionis ke arah konvoi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Itali di Lubnan. Ia merosakkan satu kenderaan tetapi tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni selepas sambutan negara di Chigi Palace (Palazzo Chigi) di Rom, Itali pada 3 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Isnin lalu, Israel pula memanggil Duta Itali untuk membantah komen Menteri Luar Antonio Tajani, yang mengutuk ‘serangan tidak boleh diterima’ Rejim Zionis terhadap orang awam di Lubnan.

Pegawai Kementerian Pertahanan memberitahu BBC bahawa mereka masih meneliti bagaimana kedudukan kerajaan akan diterjemahkan kepada akibat undang-undang dan praktikal yang konkrit terhadap rangka kerja kerjasama Itali dengan Israel.

Penunjuk perasaan pro-Palestin membawa bendera tanpa mempamerkan bendera rejim Zionis Israel ketika bantahan bagi mengecam tindakan pasukan Israel memintas beberapa kapal Global Sumud Flotila yang cuba menuju ke Gaza dan memecahkan sekatan laut Israel, di Bologna, Itali pada 2 Oktober 2025. Foto Reuters

Itali merupakan pengeksport senjata ketiga terbesar ke Israel, demikian menurut angka daripada Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (Sipri).

Namun, ia hanya merangkumi 1.3 peratus daripada import senjata Israel antara tahun 2021 hingga 2025, dengan Amerika Syarikat (AS) dan Jerman adalah pengeksport utama.

Beberapa negara Eropah menghentikan atau menyekat eksport senjata dengan Israel ekoran tindakan ketenteraannya di Gaza.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai rakyat Itali meminta kerajaan mereka melakukan perkara yang sama, dengan ratusan ribu orang telah turun ke jalanan atau melakukan mogok sebagai protes. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *