Isu Sempadan Thailand-Kemboja Diselesai Melalui JBC – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet pada 19 September 2025. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 19 Sep – Sebarang isu yang masih belum selesai di sempadan Thailand-Kemboja perlu diselesaikan melalui meja rundingan, jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara berkenaan dibincangkan bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet bagi mendapatkan gambaran serta perkembangan terkini mengenai situasi di kawasan sempadan berkenaan.

“Saya menyeru agar segala isu yang masih belum selesai dibawa ke meja rundingan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC),” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut beliau, Malaysia percaya bahawa semangat dialog, diplomasi dan persefahaman sesama rakan ASEAN adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan sebarang bentuk pertikaian.

Semalam, Anwar turut membincangkan perkara sama semasa perbualan telefon bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Anutin Charnvirakul, yang memulakan tugas secara rasmi sebagai Perdana Menteri negara itu.

Beliau menegaskan memelihara ketenteraman di sempadan Thailand–Kemboja perlu menjadi keutamaan bersama, sekali gus menghindarkan sebarang perbezaan daripada berkembang menjadi ketegangan yang berpotensi menjejaskan kestabilan serantau.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *