Isu Roti Gardenia: Bersatu Damansara Desak Exco Kedah Letak Jawatan

Setiausaha BERSATU Bahagian Damansara, Aliff Taufid, mendesak Mejar Mansor Zakaria melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah sebagai langkah bertanggungjawab atas kenyataan beliau menyinggung rakyat Sabah melalui isu pemberian roti Gardenia sebagai bahan kempen baru-baru ini.

PETALING JAYA, 20 Nov – Gara-gara menyindir rakyat Sabah dengan ‘habuan’ roti Gardenia, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Damansara mendesak Exco Pas Kedah meletak jawatan.

Menurut Setiausahanya, Aliff Taufid, menegaskan Mejar Mansor Zakaria perlu melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah sebagai langkah bertanggungjawab atas kenyataan beliau menyinggung rakyat Sabah melalui isu pemberian roti Gardenia sebagai bahan kempen baru-baru ini.

Aliff yang juga bekas calon Perikatan Nasional (PN) DUN Bandar Utama, kenyataan sedemikian bukan sahaja mencemarkan imej kepimpinan parti, malah menjejaskan usaha PN untuk mengekalkan hubungan baik dengan rakyat Sabah yang sekian lama menuntut penghormatan dan layanan adil daripada pemimpin nasional.

Pergolakan dalaman PN makin parah apabila Ronald menulis perkataan ‘Palui’ atau bodoh terhadap Exco Pas Kedah yang menghina rakyat Sabah pada 13 November 2025.

“Tindakan melepaskan jawatan Exco dilihat sebagai simbol keikhlasan memohon maaf serta bukti kesediaan untuk memikul tanggungjawab politik secara matang.

“Pemimpin tidak boleh sekadar mengakui kesilapan melalui kenyataan media. Mereka mesti menunjukkan kebertanggungjawaban melalui tindakan tegas yang dapat memulihkan keyakinan rakyat, khususnya di Sabah,” tegas Aliff.

Beliau turut menambah bahawa peletakan jawatan Exco itu penting bagi menyatakan solidariti terhadap calon-calon PN di Sabah yang kini terpaksa berdepan persepsi negatif akibat insiden tersebut.

Exco Pas Kedah dikecam netizen terutama rakyat Sabah yang melihat ucapannya menghina rakyat negeri itu pada 12 November 2025.

Langkah itu juga katanya, diyakini mampu mengurangkan tekanan politik serta membantu mengembalikan fokus terhadap usaha memperkukuh sokongan rakyat menjelang kempen pilihan raya.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, demi menghormati mandat rakyat di DUN Kuala Ketil, Setiausaha BERSATU Damansara itu berpandangan bahawa Mansor wajar terus kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan tersebut sehingga tamat penggal.

”Mandat daripada pengundi adalah amanah yang tidak boleh dipinggirkan, dan seharusnya dipertahankan selagi beliau terus berkhidmat di peringkat akar umbi,” ujarnya lagi.

Antara komen netizen yang mengecam penghinaan Exco Pas Kedah yang merendahkan maruah rakyat Sabah pada 12 November 2025.

Aliff menegaskan bahawa tindakan tegas seperti ini adalah perlu untuk memastikan integriti parti terpelihara, kedudukan PN tidak terus terhakis, dan keyakinan rakyat terutamanya di Sabah dapat dipulihkan dengan segera.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *