Isu DNB Dibincangkan Esok – PM Anwar

Perdana Menteri yang juga Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan amanat pada Konvensyen 25 Tahun KEADILAN di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, hari ini. Foto Bernama
SHAH ALAM, 21 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata satu mesyuarat berhubung Digital Nasional Bhd (DNB) akan diadakan esok.
Katanya, isu berkaitan syarikat itu akan diputuskan dalam mesyuarat berkenaan.
“DNB akan diputuskan minggu depan. Saya ingat akan ada satu mesyuarat mengenainya,” katanya kepada media selepas Konvensyen 25 Tahun KEADILAN di Pusat Konvensyen Ideal di sini, hari ini.
DNB hari ini menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Dalam satu kenyataan, DNB menekankan proses tender dan perolehan pihaknya mengikut struktur piawaian tadbir urus dan amalan terbaik yang paling ketat.

Channel News Asia (CNA) melaporkan dalam satu artikel bertajuk ‘Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator’ yang diterbitkan pada 19 April mendakwa DNB tidak telus dalam menjalankan operasi dalamannya, berkaitan dengan pemberian kontrak kepada vendor pihak ketiga, khususnya untuk peralatan rangkaian 5G Ericsson, serta perolehan perisian dan ‘platform perkhidmatan awan yang berpotensi menguntungkan’.
Laporan itu kemudiannya dipetik beberapa media tempatan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
