Isu Ambalat: Adun Tungku Mohon Maaf Kelirukan Dewan

Kesilapan Adun Tungku menyebabkan isu Ambalat kembali diperdebatkan dan mengelirukan dewan. Foto Blog

KOTA KINABALU,  27 Nov – Assaffal P Alian menarik semula kenyataannya berkaitan isu Ambalat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku itu menarik balik kenyataan itu dalam sidang DUN yang berlangsung pada Isnin selepas Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya meminta beliau membetulkan kenyataan tersebut untuk direkodkan dalam penyata rasmi sidang DUN kali ini.

Menurut Kadzim, satu aduan bertulis telah diterimanya bagi merujuk ADUN Tungku ke Jawatankuasa Hak-Hak dan Kebebasan mengenai kenyataan isu Ambalat yang dikeluarkan mengelirukan pada 10 Ogos lalu.

“Saya telah memohon penjelasan daripada ADUN Tungku dan telah mendengar penjelasan mengenai kenyataan tersebut dan saya berpendapat kenyataan itu dibuat tanpa niat untuk mengelirukan Dewan.

“Bagaimanapun, oleh kerana kenyataan itu telah direkodkan dan dicatat dalam penyata rasmi bertarikh 10 Ogos lalu, ADUN Tungku hendaklah membetulkan kenyataan tersebut dengan menarik kenyataan yang dibuat dan hendaklah direkodkan dalan penyata rasmi hari ini,” katanya.

Kesilapan Adun Tungku menyebabkan isu Ambalat kembali diperdebatkan dan mengelirukan dewan. Foto Blog

Sementara itu, Assaffal memaklumkan bahawa beliau menyedari kenyataannya itu mengundang kekeliruan kerana tanpa penyertaan fakta bagi menyokong nasihat dan peringatan tersebut.

“Saya amat kesal mengenai kekeliruan tersebut dan dengan ini saya dengan ikhlas dan suci hati menarik balik nasihat dan peringatan tersebut dan atas kekeliruan dan kesulitan serta ketidakselesaan yang timbul akibat kenyataan tersebut.

“Saya juga memberi jaminan bahawa perkara ini tidak akan berulang lagi,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *