Isteri Daim Didakwa Di Mahkamah Sesyen Hari Ini

Isteri Tun Daim Zainudin, Toh Puan Nai'mah Abdul Khalid bercakap kepada pemberita sejurus tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama dua anaknya, Muhammed Amin serta Muhammed Amir pada 10 Januari lalu. Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 23 Jan – Isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zanuddin, Toh Puan Na’imah Khalid didakwa hari ini di Mahkamah Sesyen di sini.
Menurut peguam belanya, Rajesh Nagarajan mengesahkan anak guamnya hadir bagi mendengar pertuduhan ke atasnya.
Difahamkan bahawa Naimah akan didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Terdahulu pada Isnin beliau berkata, pasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam keterangannya di hospital suaminya dirawat.
“Ini berlaku walaupun saya memberi jaminan kepada mereka saya akan memberi kenyataan sebaik sahaja prosedur perubatan suami saya selesai pada hari Selasa.
“Saya kemudian diberitahu bahawa saya akan didakwa pada hari Selasa (esok) pada jam 9 pagi mengikut Seksyen 36(2) SPRM 2009 kerana kononnya gagal mematuhi notis meminta untuk mendedahkan maklumat mengenai aset,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, beliau meminta pendakwaan dilakukan sehari kemudian, iaitu pada hari Rabu selepas prosedur perubatan suaminya selesai, namun ditolak SPRM.

“Mereka berkeras akan mendakwa saya esok. Saya akan berada di mahkamah dan akan melawan tuduhan ini,” katanya.
Semakan Sistem e-Filing mahkamah menunjukkan nama Na’imah Abdul Khalid tersenarai di Mahkamah Sesyen Jenayah 9 di hadapan Hakim Azura Alwi jam 9 pagi.
Pada 10 Januari, Na’imah dan dua anak lelakinya, Amir dan Amin, dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk dirakam kenyataan mereka.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
