Insiden Serangan Terhadap Beberapa Institusi Kerajaan Tidak Saling Berkaitan – Saifuddin Nasution

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya. Foto Facebook KDN

PUTRAJAYA, 23 Mei – Siasatan polis membabitkan beberapa insiden termasuk serangan di balai polis, cubaan menceroboh Istana Negara dan ugutan terhadap Ahli Parlimen mendapati ia tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata siasatan polis setakat ini mendapati semua insiden terbabit mempamerkan corak yang berbeza.

“Tidak, berbeza corak insiden itu. Dalam insiden di Balai Polis Datuk Keramat (Pulau Pinang), ketika insiden dia mabuk, jadi yang ‘trigger’ itu adalah mabuk dan kita pun sudah dakwa dia di mahkamah di bawah Kanun Keseksaan kerana mengganggu penjawat awam menjalankan tugas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya. Foto Facebook KDN

“Serangan di (Balai Polis) Ulu Tiram seperti yang saya sebut sebelum ini, bahawa dia bertindak ‘lone wolf’ manakala yang kita tahan di Istana Negara, dia kata dia mimpi, mimpi itu memerintahkan dia untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *