Ini Pesan Buat Ketua Cabang KEADILAN Yang Malas, Lembab

Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Mini Konvensyen KEADILAN Kelantan 2026 di Kota Bharu pada 18 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KOTA BHARU, 18 Apr – Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengingatkan mana-mana ketua cabang yang malas bekerja atau lembab supaya ‘mengambil cuti’ seraya berkata, Setiausaha Agung parti juga diberi kuasa penuh untuk menilai prestasi mereka.

Amaran Anwar itu juga ditujukan kepada pimpinan parti di semua peringkat supaya berhenti bertelingkah isu yang remeh dan tidak memberi kebaikan kepada parti, sebaliknya fokus bekerja demi rakyat.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Mini Konvensyen KEADILAN Kelantan 2026 di Kota Bharu pada 18 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita kena bersiap daripada sekarang untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU). Ikhtiar dan kerja perlu seiring daripada bertelingkah hal remeh-temeh dan jangan fikir masalah kerana ia tidak akan selesai.

“Ini mesyuarat sebulan sekali pun malas, jadi ketua-ketua cabang kalau malas, lembab sila ambil cuti sekarang, tak payah jadi ketua cabang. Nak pimpin buat cara pimpin.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Mini Konvensyen KEADILAN Kelantan 2026 di Kota Bharu pada 18 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Rakyat mahu pemimpin yang mahu membela nasib mereka dan mengangkat martabat negara,” katanya ketika berucap merasmikan Mini Konvensyen KEADILAN Kelantan, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Anwar yang juga Perdana Menteri turut menyelar ada pimpinan cabang yang hanya bersemangat dan lantang ketika merebut jawatan pada pemilihan parti tahun lalu, namun culas selepas menang.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Mini Konvensyen KEADILAN Kelantan 2026 di Kota Bharu pada 18 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Parti ini bukan parti hak mana-mana seorang. Parti ini hak rakyat, hak mereka yang mahu bekerja dan berjuang angkat nasib rakyat.

“Ini masa berkempen merebut jawatan sanggup tidur sehingga jam 3 pagi, namun selepas menang, WhatsApp pun tidak balas, orang telefon pun tidak berangkat dan mesyuarat pun malas.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Mini Konvensyen KEADILAN Kelantan 2026 di Kota Bharu pada 18 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Justeru kita menyeru seluruh jentera parti supaya merapatkan barisan dan bersiap sedia dari sekarang bagi mendepani cabaran pilihan raya akan datang,” katanya.

Dalam ucapannya juga, Anwar turut memaklumkan akan melihat rekod beberapa cabang yang dikenal pasti aktif dan berjaya menambah keahlian, akan diberi peruntukan yang lebih.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Mini Konvensyen KEADILAN Kelantan 2026 di Kota Bharu pada 18 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Cabang yang tiada pertambahan ahli dan tiada kegiatan, maka kita tidak akan beri peruntukan,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *