Industri Perbankan Perlu Terus Berdaya Saing Untuk Tangani Cabaran Global – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar melambai tangan kepada kakitangan warga pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Maybank di Menara Maybank, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh Shiddieqiin Zin
KUALA LUMPUR, 19 Feb – Industri perbankan negara digesa untuk terus kekal berdaya saing bagi menangani keserentakan fenomena tiga C iaitu Complexity (kerumitan), Chaos (kehuru-haraan) and Contradictions (percanggahan) di era pasca normal pada masa sekarang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata memandangkan industri kewangan memainkan peranan penting untuk menyokong ekonomi negara, bank perlu mempunyai kudrat tinggi untuk kekal berdaya tahan dengan fenomena tiga ‘C’ itu.
“Kerangka ini berhasrat untuk membawa transformasi ekonomi dengan menjulang nilai ekonomi dalam rantaian bekalan dunia serta menambah baik kemampanan ekonomi negara,” katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika pada Majlis Peluncuran Program Memperkaskan Rakyat MyImpact SME Hub anjuran Malayan Banking Berhad (Maybank) di sini hari ini.
Ia disaksikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakhrisnan.

Hab PKS myimpact menawarkan rangkaian lengkap perkhidmatan dan ekosistem yang terangkum untuk menilai, menyediakan PKS dalam perjalanan mampan mereka dan akhirnya memasuki rantaian bekalan global bagi meningkatkan potensi pertumbuhan.
Maybank menyediakan bimbingan pakar dan sokongan yang disesuaikan melalui alat praktikal, perundingan dan khidmat nasihat, kemudahan pensijilan dan akreditasi serta pembiayaan untuk memenuhi semua keperluan perniagaan mereka yang diperibadikan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
