IJN Sabah: KEADILAN Sabah Ucap Terima Kasih Keprihatinan PM Anwar

Pemimpin KEADILAN Sabah berhimpun pada Konvensyen 25 Tahun KEADILAN peringkat Sabah yang berlangsung di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu pada Ahad.

KOTA KINABALU, 22 Apr – Khabar gembira yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan Institut Jantung Negara kedua di Sabah disifatkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI bagi memperkasa kepentingan kebajikan kesihatan rakyat negeri ini.

Ini diakui Ketua Cabang KEADILAN Kota Marudu, Sazalye Donol Abdullah yang berkata, rakyat Sabah amat berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan Khususnya Perdana Menteri kerana memahami keperluan kesihatan jutaan rakyat di Sabah.

“Bagi pihak KEADILAN Sabah, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengumuman Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana amat memahami keperluan dan juga kepentingan rakyat mendapatkan rawatan serta penjagaan kesihatan jantung di negeri ini.

“Pastinya pemahaman Perdana Menteri tentang keperluan sebuah institut jantung di Sabah selari dengan pengumuman itu kerana ia akan memudahkan pesakit jantung di negeri tidak lagi perlu dihantar ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui pada Konvensyen 25 Tahun KEADILAN peringkat Sabah yang disiarkan secara hibrid di sini pada Ahad.

Pemimpin KEADILAN Sabah berhimpun pada Konvensyen 25 Tahun KEADILAN peringkat Sabah yang berlangsung di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu pada Ahad.

Seorang lagi pemimpin KEADILAN cabang turut mengalu-alukan penubuhan Pusat Jantung Negara di Sabah yang amat diperlukan kerana ia merupakan tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada meningkatkan taraf kesihatan rakyat di negeri ini.

“Saya melihat ia bukan sahaja aspek kesihatan, pendidikan dan sebagainya, pihak Kerajaan MADANI amat memahami dan ini amat kita hargai,” kata Ketua Cabang KEADILAN Beaufort, Dikin Musah.

Terdahulu pada Sabtu, Anwar ketika ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan di Kota Kinabalu, mengumumkan peruntukan segera RM80 juta bagi mewujudkan Pusat Jantung Negara di Sabah seraya menjadikan ia pusat rawatan jantung kedua terbesar negara selepas Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.

Pemimpin KEADILAN Sabah berhimpun pada Konvensyen 25 Tahun KEADILAN peringkat Sabah yang berlangsung di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu yang dipancarkan secara langsung dari Shah Alam pada Ahad.

Anwar berkata, penubuhan pusat itu berikutan kapasiti perkhidmatan kardiologi di Sabah adalah terbatas sehingga menyebabkan ramai yang terpaksa mendapatkan rawatan sehingga ke Kuala Lumpur.

“Perkhidmatan kardiologi di Hospital Besar Kota Kinabalu (Hospital Queen Elizabeth 2) setakat ini ada klinik pakar, ada makmal kateterisasi invasif dan bukan invasif, ada dewan bedah kardiotorasik, ada tiga pakar dan 120 jururawat terlatih tetapi saya fikir ini tidak mencukupi untuk keperluan rakyat Sabah.

“Maka dengan ini, saya umumkan bertempat di Kompleks Hospital Besar Kota Kinabalu, kemudahan khas iaitu blok khas untuk jantung negara yang disebut sebagai Pusat Jantung Negara Sabah. Dengan ini kita akan tambah segera tiga orang pakar, sokongan terlatih,” katanya.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *