Hujan Lebat 48 Jam Korbankan 29 Orang, 50 Cedera Di Pakistan

Perkampungan di wilayah Balochistan terputus hubungan dengan bandar utama akibat jalan rosak, banjir dan tanah runtuh. Foto AP
ISLAMABAD, 3 Mac – Sekurang-kurangnya 29 orang maut dan 50 lagi cedera akibat hujan lebat yang melanda Pakistan dalam tempoh 48 jam lepas, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa pada Ahad.
Antara kawasan terjejas ialah wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang menyaksikan beberapa rumah ranap dan jalan raya terputus akibat tanah runtuh.
Kira-kira 23 orang maut di Khyber Pakhtunkhwa sejak malam Khamis, manakala lima lagi kematian dilaporkan di wilayah Balochistan. – Bernama
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
