Hubungan Strategik Malaysia-Azerbaijan Mampu Diperkukuh – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Speaker Milli Majlis (Perhimpunan Parlimen) Azerbaijan, Sahiba Gafarova sempena AIPA ke-46 di Kuala Lumpur pada 18 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 18 Sep – Hubungan dua hala yang sudah terjalin sejak 1993 antara Malaysia dan Azerbaijan mampu diperkukuh dengan memberi tumpuan kepada kerjasama dalam sektor tenaga, pelancongan, industri halal serta pembinaan dan mineral.

Perkara itu dizahirkan dalam pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Speaker Milli Majlis (Perhimpunan Parlimen) Azerbaijan, Sahiba Gafarova di sini, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Azerbaijan dilihat sebagai rakan strategik yang mempunyai potensi besar untuk diterokai, khususnya dalam bidang ekonomi dan pelaburan baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Speaker Milli Majlis (Perhimpunan Parlimen) Azerbaijan, Sahiba Gafarova sempena AIPA ke-46 di Kuala Lumpur pada 18 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Malaysia melihat Azerbaijan sebagai rakan strategik yang punyai potensi yang besar, khususnya dalam bidang tenaga, pelancongan, industri halal serta kerjasama di sektor pembinaan dan mineral.

“Ini landasan yang akan kita mantapkan demi manfaat rakyat kedua-dua negara,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook sempena Sidang Antara Parlimen ASEAN ke-46 (AIPA 46) hari ini.

Beliau turut menyanjung peranan Azerbaijan dalam mengangkat agenda keamanan serantau, termasuk melalui Washington Framework for Peace baru-baru ini, selain kepemimpinan negara itu di pentas antarabangsa menerusi Rangkaian Parlimen Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Speaker Milli Majlis (Perhimpunan Parlimen) Azerbaijan, Sahiba Gafarova sempena AIPA ke-46 di Kuala Lumpur pada 18 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurutnya, pencapaian itu menunjukkan diplomasi bukan sahaja berperanan sebagai medium meleraikan konflik, tetapi juga instrumen menegakkan keadilan dan kemanusiaan.

“Kerajaan akan terus menjambatani Timur dan Barat melalui pendekatan dan seni diplomasi kenegaraan. Dalam dunia yang terus berantakan hari ini, Malaysia memilih untuk menjadi suara dan kuasa penengah (mid-tier power) di pentas geopolitik ke arah dunia yang lebih aman dan seimbang,” jelas Anwar.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *