Houthi Kecam Serangan Udara AS Bersama Britain Ragut Nyawa Orang Awam

Penunjuk perasaan berarak di Sanaa sebagai membantah serangan udara AS dan Britain ke atas orang awam di Yaman. Foto AFP

SANAA, 26 FebKumpulan Houthi mendakwa serangan udara dilancarkan Amerika Syarikat (AS) bersama Britain ke atas sasaran di Yaman pada hujung minggu lalu, telah meragut nyawa orang awam yang pertama.

Sekurang-kurang seorang maut dan lapan lagi cedera, menurut laporan agensi berita rasmi Houthi, Saba pada lewat semalam, sehari selepas tentera AS dan Britain memaklumkan bahawa pasukan mereka telah menyerang 18 sasaran di Yaman.

AS dan Britain bertindak balas terhadap serangan dilancarkan Huothi ke atas kapal-kapal yang melalui Laut Merah sejak November lalu di mana kumpulan itu menegaskan ia sebagai bersolidariti dengan Palestin dalam perang Gaza.

Penunjuk perasaan berarak di Sanaa sebagai membantah serangan udara AS dan Britain ke atas orang awam di Yaman. Foto AFP

“Serangan AS-Britain ke atas daerah Maqbana di Taiz menyebabkan sekurang-kurang seorang individu awam terbunuh dan lapan lagi mengalami kecederaan,” lapor Saba yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan bawah Houthi.

Sebelum ini, Houthi yang menguasai kebanyakan kawasan berpenduduk padat di Yaman, melaporkan kematian 17 pejuang mereka dalam serangan Barat ke atas fasiliti tentera.

Pada peringkat awal, Houthi dilaporkan berkata, mereka menyasarkan kapal-kapal didakwa berkait Israel yang melalui Laut Merah dan Teluk Aden, namun kumpulan itu kemudian mengisytiharkan kepentingan AS serta Britain juga menjadi sasaran ‘sah’.

Susulan itu, Washington yang juga sekutu utama Israel, mengumpulkan gabungan antarabangsa pada Disember lalu untuk melakukan tindak balas. – AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *