Himpunan Gagal – PMX Tetap Disanjungi, Diyakini Teraju Malaysia

Hanya kira-kira 150 hingga 200 orang sahaja yang dilihat menyertai ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ yang jelas tidak mendapat sambutan apatah lagi tiada pemimpin pembangkang turun mengepalai himpunan gagal itu.

PENDAPAT, 30 JunPetang semalam telah berlangsung himpunan aman yang dinamakan “Demo Rakyat Lawan Anwar” di perkarangan Seri Perdana di Putrajaya.

Gendang himpunan tersebut telah lama dipalu untuk mengajak orang ramai menghadirinya, kononnya sebagai mesej bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hari-hari kumpulan itu berkempen dengan menggunakan pelbagai cara untuk mengheret rakyat bersama mereka.

Tetapi, sebagaimana dilaporkan oleh kebanyakan media-media utama, hanya antara 150 hingga 200 sahaja yang hadir dalam himpunan tersebut.

Gambar-gambar berkaitan himpunan itu yang bersepah-sepah di media sosial boleh mengesahkan bahawa ia tidak mendapat sambutan.

Dalam erti kata yang lagi mudah, himpunan tersebut adalah gagal.

Bak kata para netizen dalam media sosial “mahu melawan atau mahu menjatuhkan Perdana Menteri macam mana kalau yang hadir hanya berjumlah 200 sahaja?”

“Orang hadir kenduri kahwin pun lagi ramai”

Alahai..sudah-sudah berilusi atau bermimpi. Terimalah hakikat bahawa PMX tetap disanjungi dan diyakin untuk terus menerajui Kerajaan Perpaduan.

Pemandangan dari dalam pondok tempat perhimpunan haram yang hanya dihadiri kira-kira 150 orang yang kurang berbanding pengamal media di Putrajaya pada Sabtu.

ISYARAT JELAS JANGAN MEMBUANG MASA

Gagalnya himpunan semalam adalah isyarat jelas kepada penganjur himpunan berkenaan yang memang bukan rahsia lagi ada kaitan dengan pembangkang agar jangan membuang masa mahu menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri.

Rakyat sudah letih melihat episod-episod lalu di mana beberapa kerajaan dijatuhkan dan bertukar ganti di tengah jalan, tetapi akhirnya tidak pun keadaan berubah menjadi lebih baik.

Pastinya rakyat mahu PMX terus diberi peluang untuk memimpin negara.

Jelas dilihat bahawa rakyat mahu keamanan dan kestabilan untuk mereka menjalani kehidupan bahagia bersama keluarga masing-masing.

Usaha sia-sia mahu menjatuhkan PMX ini telah menjadi bahan lawak kepada netizen serta lebih memalukan diri sendiri.

Dengan hanya 200 yang hadir, bermakna rakyat lebih menyokong Kerajaan MADANI pimpinan Anwar dan menolak sama sekali agenda menukar kerajaan di pertengahan jalan.

Pesanan penulis, jangan membuang masa. Jika kalian benar-benar sayangkan negara mari kita bersama-sama PMX membangunkan negara menuju kegemilangan.

  • Oleh Noraini Nordin

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *