Henti Sebar Spekulasi, Beri Ruang Pihak Berkuasa Jalankan Siasatan Nahas Helikopter – Abul Jais

Ketua Cabang KEADILAN Beruas, Abul Jais Ashfaq Ahmed turut menegur sesetengah pihak yang tidak memahami sensitiviti keluarga mangsa yang terkejut dengan pemergian insan tersayang dalam nahas yang menggemparkan seluruh negara.
LUMUT, 24 Apr – Semua pihak digesa agar tidak membuat spekulasi liar hingga menjejaskan siasatan berhubung tragedi dua helikopter berlanggar dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada Rabu.
Ketua Cabang KEADILAN Beruas, Abul Jais Ashfaq Ahmed turut menegur sesetengah pihak yang tidak memahami sensitiviti keluarga mangsa yang terkejut dengan pemergian insan tersayang dalam nahas yang menggemparkan seluruh negara.
“Di saat seluruh negara sedang berkabung dan bersedih dengan insiden tidak diduga ini, saya mengharapkan agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi tidak berasas tentang tragedi menyayat hati ini.

“Berilah ruang dan kepercayaan penuh kepada pasukan penyiasat mencari kebenaran dan menyelesaikan sebarang keraguan yang timbul ekoran daripada spekulasi tidak elok yang jelas akan mengguris hati waris mangsa,” katanya ketika diminta mengulas insiden tersebut malam tadi.
Dalam pada itu beliau mewakili KEADILAN negeri Perak mengucapkan takziah kepada ahli keluarga 10 mangsa tragedi yang terkorban ketika melakukan raptai sempena Sambutan Hari Tentera Laut ke-90 yang dijadual berlangsung Sabtu ini.
Namun difahamkan Kementerian Pertahanan telah membatalkan sambutan itu bagi menghormati kesemua 10 perwira negara yang gugur semasa menjalankan tugas yang diarahkan.
Enam Ahli Parlimen Bersatu Sokong PM Anwar Belum Terima Surat Tunjuk Sebab
“Mewakili KEADILAN Perak, saya mengambil kesempatan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap agar semuanya tabah menerima dugaan berat ini dan mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat.
“Saya sendiri merasa amat terkesan dengan insiden ini berikutan TLDM Lumut merupakan pangkalan laut utama yang berhampiran dengan Beruas yang kerap menjadi lokasi latihan buat perwira tanah air,” tambahnya lagi.
Joanna Anak Kampung Sumpas Tampek Dikenang Sebagai Wira Negara
Media sebelum ini melaporkan, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.
Dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.
TLDM dalam kenyataan berkata, akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak yang mengorbankan 10 pegawainya.
https://harapanmadani.com/kaji-semula-prosedur-latihan-sambutan-ulang-tahun-cabang-ketenteraan-faizul-abdul-ghani/
Mereka yang terkorban dari HOM-AW139 dikenal pasti sebagai Kdr Muhammad Firdaus Ramli; Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin; Lt Kdr Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi; PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun; PW II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy; BM TNL Noor Rahiza binti Anuar (Penumpang) dan LK I JJM Joanna Felicia anak Rohna.
Manakala dari pesawat Fennec dikenal pasti Kdr Muhamad Amir Mohamad; Lt T Sivasutan dan PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
