Hasil 40 Peratus Sabah: Mahkamah Benar Tangguh Pelaksanaan Semakan Kelayakan

Mahkamah membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan sementara perintah Mahkamah Tinggi berhubung pelaksanaan semakan kelayakan Sabah terhadap 40 peratus hasil negeri pada 6 April 2026. Foto Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA, 6 Apr – Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan sementara perintah Mahkamah Tinggi berhubung pelaksanaan semakan kelayakan Sabah terhadap 40 peratus hasil negeri bagi tempoh 1974 hingga 2021.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan, membenarkan permohonan itu selepas mendapati Kerajaan Persekutuan akan diprejudiskan jika penangguhan berkenaan tidak diberikan.

Dua lagi panel hakim ialah Datuk Ismail Brahim dan K Muniandy.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan, membenarkan permohonan itu selepas mendapati Kerajaan Persekutuan akan diprejudiskan jika penangguhan berkenaan tidak diberikan.

Pada 17 Oktober 2025, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan Kerajaan Persekutuan bertindak menyalahi undang-undang dan melampaui kuasa perlembagaannya kerana gagal menunaikan hak Sabah untuk menerima 40 peratus hasil Persekutuan bagi tempoh berkenaan.

Mahkamah Tinggi itu turut mengarahkan kedua-dua kerajaan melengkapkan semakan dalam tempoh 90 hari dan mencapai persetujuan muktamad dalam tempoh 180 hari susulan semakan kehakiman yang difailkan oleh Sabah Law Society (SLS).

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *