Hari Malaysia 2025: Fahmi Rakam Penghargaan Semua Yang Terlibat

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merakamkan penghargaan kepada semua petugas yang menjayakan Sambutan Hari Malaysia 2025 di PICCA @ Arena Butterworth, Pulau Pinang pada 16 September 2025. Foto Facebook Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR, 17 Sep – Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat dan memberi sokongan dalam menjayakan sambutan Hari Malaysia 2025, semalam.
Fahmi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 berkata, ia sekali gus menjadikan sambutan berkenaan begitu bermakna menerusi hantaran terbaharu di Facebook hari ini.
“Kita raikan bukan sahaja sejarah, tetapi juga semangat perpaduan yang menyatukan rakyat.

“Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan sambutan di PICCA (Pusat Konvensyen PICCA@Arena), Butterworth malam semalam, serta yang menonton secara langsung dari rumah,” katanya.
Beliau turut menukilkan serangkap pantun “Satu hati walau berbilang bangsa, Kan bersama bawah naungannya, Satu jiwa tak kira apa warna, Takkan ada yang membezakan kita. Selamanya Malaysia kita!”
Sambutan tahun ini, yang bertemakan ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’, disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib dan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
