Hanya 2.69 Juta Daftar PADU Setakat 6 Februari

Hanya 2.69 juta sahaja sudah daftar PADU. Foto Arkib

BACHOK, 7 FebHanya 2.69 juta rakyat negara ini sudah membuat kemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sejak dilancarkan 2 Januari lalu hingga semalam.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata daripada jumlah itu, seramai 191,078 penduduk di Kelantan sudah mengemaskinikan maklumat dalam sistem itu.

Mohd Uzir berkata, sistem PADU mempunyai 30 juta nama penduduk dan perlu membuat pengesahan dan kemas kini maklumat masing-masing sehingga 31 Mac ini.

“Kita ada rekod dalam pelbagai tempat, rakyat hanya perlu kemas kini maklumat seperti status perkahwinan, pekerjaan supaya kita dapat data yang tepat.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *