‘Hantu Politik’ Masih Berkeliaran

Lihat saja ‘hantu politik’ dalam ahli politik pembangkang yang sengaja memainkan sentimen 3R tanpa memikirkan kesan kepada rakyat.
PENDAPAT, 4 Ogos – Genap sampai bulan tujuh dalam kalender Cina, merupakan bulan yang istimewa bagi masyarakat Cina.
Mereka mendedikasikan sepanjang bulan ini sebagai bulan Hantu Lapar, untuk memberi penghormatan penuh kepada mereka roh mendiang yang telah meninggal dunia.
Mungkin terdapat banyak versi asal usul dan ritual yang berbeza, tetapi secara amnya, bulan ini bukan sahaja masa untuk mengingati dan menghormati nenek moyang kita, tetapi juga peluang untuk keluarga kita bersatu semula dan meneruskan kebaikan kita.
Namun, jika kita melihat lebih mendalam, Festival Hantu Lapar boleh juga dijadikan kiasan untuk menggambarkan politik ekstremis yang berlaku di pelbagai belahan dunia.
Seperti mana roh-roh yang ‘lapar’ dan berkeliaran, politik ekstremis sering kali dipenuhi dengan ketidakpuasan, kebencian, dan hasutan yang tidak pernah puas dengan apa yang telah dicapai.
Mitos sambutan menakutkan saya semasa saya kecil. Saya sentiasa diingatkan bahawa bulan ini adalah bulan di mana hantu akan berkeliaran dan mendatangkan musibah kepada kita.
Tetapi apabila saya telah mula menempuhi lumrah kehidupan dewasa, barulah saya faham hantu semasa perayaan tidaklah menakutkan. Yang menyeramkan pada hari ini adalah ‘hantu politik’ yang berkeliaran.
Amalan feudalisme dan 3R masih dimainkan sehingga hari ini. Renung kembali setahun setengah zaman pentadbiran Malaysia MADANI, ahli politik pembangkang masih memainkan isu yang berulang dalam Parlimen.
Lihat saja ‘hantu politik’ dalam ahli politik pembangkang yang sengaja memainkan sentimen 3R tanpa memikirkan kesan kepada rakyat.
Yang penting buat mereka, cita-cita politik mereka memburukkan Kerajaan MADANI dan menjadi kerajaan menjadi kenyataan tanpa mengira nasib rakyat dan negara pada masa depan.
Kebetulan, Pesta Hantu Lapar tahun ini berlangsung dalam bulan Sambutan Hari Kebangsaan. Ia menawarkan kita masa untuk bertenang dan mula mencari titik persamaan antara semua yang kepincangan pendapat.
KEADILAN meraikan kepelbagaian, sama seperti latar belakang Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama.
Seperti yang saya selalu katakan, ‘setiap perbezaan kita ketepikan, setiap sambutan kita rai bersama.’ Dalam sambutan Hari Kebangsaan serta Pesta Hantu Lapar, marilah kita merenung kembali cabaran politik Malaysia dan usahakan penambahbaikan bersama.
Perkuatkan Malaysia MADANI dan mantapkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kestabilan Malaysia tercinta. Ingat, hantu yang lapar tidak menakutkan, ‘hantu politik’ lebih mendatangkan kemusnahan.
Tahun ini, Pesta Hantu Lapar jatuh bermula 4 Ogos 2024 selama sebulan.
Jadi daripada takutkan Hantu Lapar, takutkan dahulu ‘hantu politik’ yang berkeliaran yang akan merosakkkan negara tanpa kita sedari!
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web




