Hamas Beri Amaran Serangan Pengganas Israel Bakal Akibatkan Puluhan Ribu Kematian

Rejim pengganas Israel menyasarkan kem pelarian di Rafah yang akan mengakibatkan kematian puluhan ribu rakyat Gaza. Foto AFP

GAZA, 10 FebHamas pada Sabtu memberi amaran kemungkinan berlaku ‘puluhan ribu’ kematian dan kecederaan jika rejim pengganas Israel menyerang Rafah, di bahagian selatan Semenanjung Gaza.

Perdana Menteri pengganas Israel, Benjamin Netanyahu pada minggu ini, berkata beliau sudah mengarahkan tentera bersiap-sedia untuk masuk ke bandar itu, yang sesak dengan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal, ketika memburu mereka yang bertanggungjawab terhadap serangan maut pada 7 Oktober lalu di selatan Israel.

Pengumuman itu menimbulkan kebimbangan kerajaan asing, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan agensi bantuan yang bergelut dengan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza akibat perang.

Hamas dalam satu kenyataan, berkata sebarang tindakan ketenteraan akan memberi kesan buruk yang ‘boleh membawa kepada puluhan ribu syahid dan cedera jika Rafah diceroboh’.

Rejim pengganas Israel menyasarkan kem pelarian di Rafah yang akan mengakibatkan kematian puluhan ribu rakyat Gaza. Foto AFP

Kumpulan pejuang Palestin yang mengawal Semenanjung Gaza itu, berkata ia akan menganggap ‘pentadbiran AS, masyarakat antarabangsa dan pendudukan pengganas Israel’ bertanggungjawab jika perkara itu berlaku.

Rafah, terletak di sempadan selatan Gaza dengan Mesir, menjadi tempat perlindungan terakhir bagi orang awam yang melarikan diri daripada kempen pengeboman Israel tanpa henti di lokasi lain di Semenanjung Gaza.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, kira-kira separuh daripada 2.4 juta penduduk Gaza kini berlindung di bandar itu, dengan ramai yang tidur dalam khemah dan tempat perlindungan sementara, selain kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kekurangan makanan, air dan sanitasi.

Pada Jumaat, ketua Agensi Bantuan dan Kerja PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini, berkata serangan besar Israel di Rafah ‘hanya boleh membawa kepada lapisan tambahan tragedi yang tidak berkesudahan’.

Netanyahu mengarahkan pegawai tentera pengganasnya merangka rancangan untuk ‘mengeluarkan’ Rafah, selain ‘memusnahkan’ pejuang Hamas di bandar itu.

Saksi melaporkan, serangan baharu ke atas Rafah pada awal Sabtu, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Palestin mengenai pencerobohan darat yang semakin hampir.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *