Hak Sabah: Penggantungan Perintah Mahkamah Elak Rayuan Jadi Sia-Sia – AGC

AGC berkata, perintah penggantungan yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 6 April 2026 tidak meliputi dapatan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkenaan peruntukan 40 peratus di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan.

PUTRAJAYA, 6 April – Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini memaklumkan bahawa perintah penggantungan pelaksanaan penghakiman berhubung kajian semula Pemberisan Khas Negeri Sabah adalah bagi membolehkan rayuan Kerajaan Persekutuan didengar serta tidak menjadi akademik dan sia-sia.

Menurut kenyataan AGC hari ini, perintah penggantungan yang diputuskan Mahkamah Rayuan hari ini tidak meliputi dapatan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkenaan peruntukan 40 peratus di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan untuk menggantung pelaksanaan penghakiman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 2025 berhubung kajian semula Pemberian Khas Negeri Sabah bagi tempoh 1974 hingga 2021, sementara menunggu pendengaran rayuan di Mahkamah Rayuan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan, membenarkan permohonan itu selepas mendapati Kerajaan Persekutuan akan diprejudiskan jika penangguhan berkenaan tidak diberikan.

“Jabatan Peguam Negara juga menegaskan bahawa rayuan difailkan Kerajaan Persekutuan bukan terhadap formula 40 peratus itu, sebaliknya melibatkan tafsiran peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan serta dapatan bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah menyalahgunakan kuasa dan melanggar kewajipan perlembagaan sejak 1974,” menurut AGC.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Okt tahun lepas, memutuskan Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa Perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad.

Mahkamah turut mengarahkan semakan dibuat dalam tempoh 90 hari, manakala persetujuan bersama antara kedua-dua kerajaan perlu dicapai dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah dikeluarkan berhubung tuntutan pemberian khas 40 peratus hak Sabah bagi tempoh 1974 hingga 2021.

Kenyataan media Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung keputusan tidak merayu tuntutan hasil 40 peratus tetapi hanya merayu alasan penghakiman yang cacat pada 14 November 2025. Foto AGC

Perintah itu dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) terhadap Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah berkaitan hak perlembagaan negeri itu untuk menuntut 40 peratus daripada hasil bersih yang diperoleh dari Sabah.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *