GSF: Ketegasan Greece Terhadap Rejim Israel Dipuji

Menteri Luar Greece, Giorgos Gerapetritis memberi amaran kepada rejim Israel di Sidang Umum PBB di New York pada 24 September 2025. Foto Reuters

NEW YORK, 26 Sep – Jaminan kerajaan Greece kepada keselamatan pelayaran kapal dan bot yang kini berada di perairannya sebagai sebahagian daripada flotila antarabangsa menuju ke Gaza, menerima pujian daripada masyarakat antarabangsa.

Menteri Luar, Giorgos Gerapetritis berkata, Athens katanya, telah memaklumkan kepada Israel bahawa warganegara Greece turut serta dalam flotila itu dan sebarang cubaan mengganggu pelayaran mereka di perairan negaranya akan dianggap sebagai pencerobohan kedaulatan negaranya.

Flotila Global Sumud (Global Sumud Flotilla – GSF), yang melibatkan kira-kira 50 bot awam, sedang cuba memecahkan sekatan laut Israel ke atas Gaza.

Flotila yang terdiri daripada hampir 50 kapal yang membawa bekalan kemanusiaan termasuk bantuan perubatan itu membawa lebih daripada 500 aktivis dari seluruh dunia. Foto pembaca

Ramai peguam dan aktivis turut terlibat, termasuk aktivis iklim Sweden, Greta Thunberg.

“Terdapat beberapa bot yang kini berada di perairan Crete, dan kami akan menjamin pelayaran mereka yang selamat,” kata Gerapetritis kepada Reuters dalam satu temu bual di luar sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kami telah pun memaklumkan kepada kerajaan Israel mengenai penglibatan warganegara Greece dalam misi ini, dan kami akan pastikan semuanya berjalan dengan baik” katanya.

Bot Ahed Tamimi yang juga peserta Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di perairan kepulauan Crete. Foto March To Gaza Greece/via Reuters.

Israel telah berulang kali mengkritik flotila tersebut, menuduh aktivis terbabit bersubahat dengan kumpulan Hamas tetapi tiada bukti menunjukkan dakwaan terbabit sehingga kini.

Itali menghantar dua kapal tentera laut untuk membantu flotila selepas kapal-kapal tersebut diserang oleh 12 dron di perairan antarabangsa, kira-kira 30 batu nautika (56 km) dari pulau Gavdos, Greece.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *