GSF: Kapal Tentera Rejim Israel Hampiri Bot Konvoi

Yasemin Acar mendakwa kapal tentera rejim Israel menghampiri konvoi kemanusiaan GSF dengan menutup lampu kira-kira 145 batu nautika dari pantai Gaza pada 1 Oktober 2025.

GAZA, 1 Okt – Aktivis Global Sumud Flotila (GSF) mendakwa bot dinaiki mereka dihampiri oleh kapal tentera Israel ketika berada di kedudukan jarak 140 batu nautika dari persisiran pantai Gaza.

Aktivis dari Jerman, Yasemin Acar, dalam sebuah video yang dimuat baik di laman X berkata pihaknya tidak pasti bagaimana tentera Israel merancang untuk memintas bot mereka.

“Saya dapat mengesahkan ada sebuah kapal tentera Israel yang besar dengan lampunya dipadamkan.

Peserta konvoi GSF mendakwa peralatan komunikasi tidak berfungsi ekoran dron yang berlegar di atas kapal kira-kira 145 batu nautika dari pantai Gaza pada 1 Oktober 2025.

“Kami tidak tahu bagaimana mereka akan memintas bot ini tetapi kami sudah meminta semua untuk bersiap sedia dengan memakai jaket keselamatan,” katanya.

Di dalam video selama 1 minit 5 saat itu, Yasemin berkata mereka hanyalah aktivis kemanusiaan dari seluruh dunia yang tidak membawa apa-apa senjata.

“Kami hanya membawa bantuan kemanusiaan tanpa sebarang senjata, namun kami sedang di pintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa,” katanya.

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim visiting Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) at the Malaysian Consultative Council of Islamic Organisations (MAPIM) Central Warehouse on September 30, 2025. Photo by Anwar Ibrahim Facebook

Yasemin menegaskan, jika tentera Israel menyerang mereka, ia akan menjadi satu lagi jenayah perang yang dilakukan Israel.

Ketika kira-kira 50 kapal disertai sukarelawan lebih 44 negara termasuk Malaysia memulakan pelayaran dari pelabuhan Otranto, Genoa, Barcelona, Catania, Syros dan Tunis, membawa misi kemanusiaan ke Gaza.

GSF disertai lebih 34 rakyat Malaysia bersama aktivis antarabangsa dari pelbagai negara membawa bantuan kemanusiaan termasuk makanan dan ubat-ubatan yang bertujuan menembusi sekatan laut Israel dan menghantar bantuan terus ke Gaza.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *