Gencatan Senjata Thailand-Kemboja Bukti PMX Mampu Damaikan Konflik Dua Negara Berjiran

Anwar Ibrahim bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai ketika hadir pada mesyuarat khas bagi rundingan peringkat tinggi untuk meredakan ketegangan antara kedua-dua negara di Putrajaya pada 28 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PENDAPAT, 28 Jul – Warga dunia yang cintakan kedamaian serta keamanan pasti menyambut berita ini dengan gembira.
Dua negara iaitu Thailand dan Kemboja petang ini telah bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat berkuat kuasa pukul 12 malam ini.
Mesyuarat khas untuk membincangkan isu dua negara ini berakhir dengan keputusan yang amat melegakan terutama warga negara anggota ASEAN.

Menurut PMX, persetujuan itu telah dicapai hasil perbincangan diplomatik yang konstruktif, dan langkah pertama yang penting ke arah meredakan ketegangan serta memulihkan keamanan serta keselamatan.
Terbukti kemampuan PMX yang juga Pengerusi ASEAN telah berjaya menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang.
Konflik dua negara jiran berjaya didamaikan daripada terus berpanjangan.

Ketokohan kepimpinan PMX yang disegani serta disanjung tinggi oleh negara-negara ASEAN khasnya secara langsung telah menjulang nama Malaysia di pentas dunia.
Terdahulu sebelum mengumumkan berita gembira dalam sidang media bersama, PMX telah hadir mempengerusikan mesyuarat khas mengenai konflik antara Thailand dan Kemboja bersama Hun Manet dan Phumtham Wechayachai di Putrajaya.
Mesyuarat khas antara Thailand dan Kemboja adalah dengan matlamat mencapai gencatan senjata serta menghentikan permusuhan di kawasan sempadan yang dipertikaikan.

Mesyuarat itu diusahakan oleh Malaysia menerusi PMX selaku Pengerusi ASEAN, dalam usaha meredakan ketegangan yang semakin memuncak dan memulihkan kestabilan di kawasan sempadan yang terjejas akibat konflik.
Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai tiba di Seri Perdana pada 2.51 petang, diikuti Perdana Menteri Kemboja Hun Manet tidak lama kemudian.
PERTIKAIAN DIPLOMATIK DUA NEGARA JIRAN
Kedua-dua negara jiran itu mempunyai sejarah panjang pertikaian diplomatik di sepanjang 817 kilometer sempadan bersama yang belum dimuktamadkan.
Ketegangan antara Thailand dan Kemboja meningkat sejak 28 Mei lalu susulan insiden pertempuran tentera kedua-dua negara berhampiran kawasan sempadan yang dipertikaikan di Preah Vihear, yang mengorbankan seorang anggota tentera Kemboja.
Pertikaian sempadan terus memuncak pada Khamis (24 Julai), dengan pertempuran bersenjata tercetus di sepanjang sempadan utara Kemboja.
Namun, dengan kebijaksanaan Anwar, segalanya mungkin dan pasti akan berlaku.
– Oleh Noraini Nordin
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
