Gencatan Senjata: Harga Minyak Dunia Jatuh Merudum

Harga satu tong minyak mentah penanda aras antarabangsa Brent jatuh kepada AS$88 (RM347) selepas Iran membuka Selat Hormuz kepada kapal kecuali kapal tentera pada 17 April 2026.

LONDON, 18 Apr – Pengumuman Iran membuka semula sepenuhnya Selat Hormuz kepada kapal-kapal komersial sepanjang tempoh gencatan senjata dalam perang antara Amerika Syarikat -Israel terhadap Iran, menyebabkan harga minyak jatuh merudum lebih 11 peratus.

Harga satu tong minyak mentah penanda aras antarabangsa Brent jatuh kepada AS$88 (RM347) selepas pengumuman tersebut, berbanding melebihi AS$98 (RM387) setong awal semalam.

Manakala penganalisis menjangkakan harga akan terus turun minggu depan bergantung kepada sentimen pasaran di Pasaran Komoditi New York (NYMEX) susulan gencatan senjata berkuat kuasa pada Khamis.

Selat Hormuz merupakan laluan air sempit di selatan Iran di mana satu perlima bekalan minyak dan gas asli cecair (LNG) dunia biasanya diangkut melaluinya.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyambut baik kenyataan daripada Iran tersebut, namun kumpulan maritim masih dalam proses mengesahkan perkara berkenaan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *