Gempa Bumi Sederhana Gegar Taiwan Pagi Ini

Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini. Foto MetMalaysia

TAIPEI, 23 Apr – Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 71 km tenggara dari Taichung, Taiwan.

Gegaran susulan turut dirasai di sebahagian kepulauan kecil pada jarak 150 kilometer namun tidak membawa kepada tsunami di kawasan pantai.

USGS turut mencerap gegaran sekitar 5.6 yang direkodkan pada 8.07 pagi berdasarkan maklumat di X.

Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Taiwan pada 8.04 pagi ini. Foto MetMalaysia

Terdahulu berlaku gegaran awal pagi kira-kira 2.30 pagi dan 6.25 pagi tadi pada jarak kira-kira 170 kilometer antara satu sama lain.

Berdasarkan penilaian awal, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *